Industri Pembuatan dan Pemprosesan ايندوستري ڤمبواتن دان ڤمڤروسيسن Batu_Pahat

Batu Pahat turut terkenal sebagai pusat pembuatan barangan elektronik, pemprosesan makanan, pembalakkan kayu, pembuatan porselin, dan industri plastik yang kedua terbesar di Johor. Ia turut dikenali sebagai Pusat Tekstil Negara dengan menghasilkan 50% daripada tekstil yang dieksport dari Malaysia dan terdapat lebih 300 kilang tekstil dan pakaian. Selain sebagai pengeksportan utama tekstil di Malaysia ke luar negara, Jeti Batu Pahat juga terkenal dengan sebagai salah satu jeti dalam "segi tiga emas" antara Indonesia dan Malaysia dalam pergerakan bahan rempah dan bahan mentah. Sebuah pelabuhan baru juga telah direncanakan untuk Batu Pahat bagi menangani permintaan pergerakan bahan mentah tersebut. Sebuah pelan yang bernilai lebih kurang RM 500.000.000 telah pun disediakan siap dengan prasarana yang sempurna. Begitu juga dengan perusahaan dalam pembuatan makanan seperti kilang membuat biskut. Antaranya Munchy's, Hup Seng, dan Hwa Tai. Terdapat juga pelaburan asing di Batu Pahat seperti Sharp Roxy, Sony, Fujitsu, Hitachi, and Mitsumi. Dan terdapat 20 syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia: Harta Packaging, PCCS, Baneng Holdings, S&P, Sharp Roxy, Ramatex, Southex, Prolexus, Fujitsu, Hitachi, Yong Tai, Hwa Tai, AE, Kia Lim, Kayu Wangi, Hup Seng, Xiang Leng, Magnum, SKP, SPI Plastics, BP Plastics, Cheng Yap Sdn Bhd. dan Fast Track Solutions Bhd.